Friday, September 2, 2016

Remuknya Sekeping Hati



Hati manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.

Hati, yang dahulunya telah remuk dan hancur kini tidak mungkin boleh disambung kembali. Hati yang seing disakiti dan dikhianati terus menjadi hambar dan tawar setawarnya air dan sepahitnya hempedu. Kerap kali dilukai dan terus dicalari menyebabkan hati ini tidak menjadi kuat dan setabah hati yang dulu.
Ingin kumiliki sekeping hati yang baharu bagi melegakan keperitan hidup dan kekecewaan diri andai diberikan sekali lagi peluang. Namun, adakah ianya dapat diperoleh kembali setelah hati ini yang milik Allah tidak mungkin dapat diganti kembali melainkan dengan sebuah kematian yang pasti?

Berkali-kali ia dihancurkan dalam perhubungan dan persahabatan menyebabakan hati yang koyak, remuk dan hancur itu sukar disambung kembali. Apabila marah merajai hati, tentunya kata-kata kesat sering dilempari dinista dan di maki untuk mereka di sekeliling tanpa rasa dipeduli apakah perasaannnya yang sebenar

Tuesday, May 31, 2016

MEMORI BERKASIH

Buat seseorang yang pernah hati ini menjadi miliknya satu masa dahulu.. maafkan diri ini kerana telah membuat dirimu nanar dan akhirnya hilang entah di mana..


TERAKHIR






Pernah satu ketika dahulu diri ini mempunyai seorang kakak yang sangat disayangi. Pada masa itu diri ini berada di tingkatan 1 dan diriku ini merasakan bahawa insan itulah yang akan menjadi kakaknya yang dia harapkan sangat-sangat. Namun, hati ini amat keliru dengan perasaannya sendiri waktu itu. Sikapnya yang sering mendiamkan diri apabila terserempak dengan diriku, yang banyak menyepikan diri apabila bertembung dengan diri ku  dan banyak melarikan dirinya dari terserempak denganku menyebabkan diri ini berasakan bahawa diri ini tidak diperlukan dalam hidup insan itu. aku berasakan diriku ini begitu hina dan tidak layak untuk menjadi adiknya di kala itu.





Dalam pada itu, ada lagi kakak yang lain turut sama mengambil berat tentang diriku ini menyebabkan aku berasakan bahawa aku memang benar-benar tidak diperlukan dalam hidup insan itu. Ini kerana kakak itulah kakak yang pertama hadir dalam hidup seorang insan yang baharu mengenali alam asrama dan tiada siapa yang dikenalinya melainkan insan yang bergelar kakak itu sahaja yang dikenalinya pada masa itu.





Walaupun aku tidak diendahkan sebagai seorang adik pada masa itu, namun kucuba tarik perhatiannya juga namun tidak berjaya. Masa demi masa berlalu. Hari demi hari berlalu meninggalkanku. Akhirnya aku cuba pujuk hati ini agar cuba melupakannya dan kucuba pujuk hati ini agar menolaknya, namun ternyata aku tidak berjaya lakukannya kerana aku terlalu sayangkannya sebagai seorang kakak dan pernah aku berharap agar aku benar-benar menjadi sebahagian daripada keluarganya satu hari nanti. Apabila aku melihat dia gembira bersama insan-insan disekelilingnya, aku akui cemburu merantai hati ini, namun apakan daya aku tidak dipandang olehnya walau sebelah mata.





Pernah aku ingin dipindahkan dari sekolah itu ke sekolah lain tetapi aku memberontak dan menolak cadangan ibu bapaku kerana aku tidak mahu berpindah dari sekolah ini. Ini kerana hati ini tidak mahu berpisah dengan kakak yang aku sangat sayang ini walaupun dia tidak pernah memberikan reaksi dan respon kepadaku dan langsung tidak mengendahkanku. Aku menjadi takut dan kecewa setelah dirimu meninggalkan tanpa sepatah kata walhal aku sanggup meneruskan persekolahan di sekolah itu tanpa berpindah sama-mata tidak mahu berjauhan denganmu.  Namun, akhirnya aku juga yang kau tinggalkan tanpa sepatah kata. Aku rasakan bahawa pengorbananku adalah sia-sia kerana dirimu langsung seakan tidak mengendahkan kewujudanku. Saat kau tinggalku kak, aku seakan hilang semangat untuk belajar di sekolah ini. 


Aku seperti yang terhegeh-hegeh dalam hal ini dan bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun begitu aku tetap menyayanginya walau dia tidak ada perasaan sayang sedikit pun denganku. Pernah aku berdoa agar Allah menitipkan rasa kasih, sayang dan cintanya dalam hatinya kepadaku sampai bila-bila dan memegang hatinya serta menjaga hatinya kerana Allah. Aku terlalu sayangkannya sampai aku mengemis kepada Allah meminta Allah menyentuh hatinya dengan menyuntik sedikit perasaan sayang itu kepadaku dalam hatinya. Begitu sekali aku mengemis dalam kehidupan yang tak pasti ini demi mengemis cinta, kasih sayang dari sang makhluk.





Aku akui aku tidak boleh lupakannya dan aku masih ingatinya hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu. Duhai kakak...sebenarnya diri ini amat menyayangimu sangat-sangat tetapi aku tidak tahu bagaimana haru ku luahkan kerana aku sendiri takut penerimaan dirimu terhadap diri ini. Aku sentiasa berdoa agar Allah menjaga dirimu dan hatimu, kak walau di mana dirimu berada. Saat ini sebenarnya aku telah berjumpa kembali kakak yang aku terlalu sayang ini melalui fb sahaja pd hari lahir aku yang lalu tetapi masih tiada balasan darinya mesej yang telah kuhantar. Mungkinkah dia sudah lupakan diriku atau sudah tidak pandang lagi diriku atau diriku ini telah dibuang dari kotak ingatannya. Aku reda jika itu ketentuan untukku andai akak telah melupakanku buat selamanya kerana aku yang bersalah selama ini. Akak, di sini ingin kukatakan bahawa:



"Dirimu adalah kakak yang amat kusayangi dan akak yang amat ku kasihi. Hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu, adikmu tetap mencarimu dan mengingatimu dan sentiasa mendoakanmu, kak. Percayalah kak, akaklah akak yang pertama dalam hidupku saat ku melangkahkan kaki ke asrama yang di sana banyak mengajar kehidupan. Kakak, daku begitu rindukanmu kak dan terlalu sayangkanmu. Selama ini aku berdoa agar Allah sentiasa menjaga hatimu dan agar Allah sentiasa menjaga hati kita bersama. Aku juga berdoa agar kita dapat bertemu kembali kak walau dalam keadaan berbeza. Kak, diri ini merayu sangat-sangat kepadamu, agar menerima aku sebagai adikmu kak. Aku rindukan mu kak."



Lagu ini kutujukan buatmu akak yang amat kusayang..... Kuharapkan agar ini adalah YANG TERAKHIR BUATKU sebelum ku dijemput pulang.




Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x


Melepaskanmu bukan mudah bagiku 

Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu

 

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

 
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini


Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini


Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

SUDAH KUTAHU



Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA

DI MANA HATIMU

 Satu Nukilan Abadi


Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..

bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..

mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..

Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan

dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..

nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati..






Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

[korus]
Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku

Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggal


KAU SAKITI HATINYA?? (Bahagian 1)


Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung yang dipakai Khairien melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Khairien tidak mampu untuk mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Seketika itu, dia amat hairan melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya.

Perasaan Khairien semakin tidak tenang dan menjadi tidak selesa diperhatikan sedemikian rupa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku?bisik hati kecilnya. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Khairien terus berjalan melintasi sekelompok siswa-siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka pandangan dan usikan mereka.

" Assalamualaikum...saudari... Kesian saudari sorang je ke jalan?? Tak berteman ke? Perlukan kami sebagai peneman? " Usikan salah seorang dari kelompok siswa itu. Khairien terus buat tak acuh sahaja kerana sudah lali dengan usikan seperti itu.
Memang pun selama ini aku seorang diri ke sana ke mari. Tetapi Alhamdulillah Allah masih bersamanya.

"Hai..kesian...dahla sorang diri je berjalan...bahaya tau..dalam keadaan angin kencang macam ni pulak tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan menyusahkan...", usik salah seorang daripada mereka lagi. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja. Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan bercermin mata.

" Boleh berkenalan tak? nama saudari?tadikan saudari tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan hubungan silaturahim kita tak boleh tolak", usik siswa itu. Hatiku semakin sakit dan meluat. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru berada dua bulan di Universiti Malaya ini. Aku pelajar baru di sini. Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Kenapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini. Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar banyak-banyak.
Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini.
Keesokannya selepas balik dari kuliah, aku menuju ke pigeon hall kolej ku, dan di sana aku amat terkejut kerana terdapat sepucuk surat khusus buatku. Jiwaku menjadi semakin tidak tenteram dan tidak tenang akan hal ini. Aku membacanya dengan tenang satu persatu isi surat tersebut. Masya Allah...Apa yang telah berlaku kepada diriku ini Ya Allah??? Siapakah gerangannya hamba Allah yang menulis surat sedemikian rupa kepada ku ini sehingga sanggup datang ke rumah untuk melamarku?

Ini lah ujian berat yang pernah aku hadapi. Memandangkan tugasku di tempat belajar ku dan di kolejku sering bertambah, aku menganggapnya sebagai satu perkara yang enteng sahaja. Pernah aku menerima hadiah dan pelbagai kejutan oleh jejaka tersebut. Selang beberapa hari kemudian, Khairien tergamam apabila ada seorang siswi datang menghampirinya dan menghulurkan sepucuk surat dan tiga kuntum mawar merah. Apa pulak ni? Berkerut muka Khairien apabila menerima sepucuk surat dan kuntuman mawar tersebut. Puas dia memikirkan kali ini gerangan mana pula yang memberinya. Khairien membaca isi surat itu satu persatu. Aku merasakan bahawa pengirimnya mesti orang yang sama kerana luahan hatinya mempunyai maksud yang sama.

Saudari...
Salam perkenalan. Moga kita dapat berkenalan dengan lebih jauh... Walaupun isi surat ini pendek, tetapi ia membawa makna yang mendalam. Saya amat tertarik dengan cara saudari yang sentiasa menjaga penampilan diri sebagai seorang Muslimah,dengan tudung labuh saudari hati saya meruntun agar mendekati saudari dan mengenali saudari dengan lebih dekat lagi. Moga saudari dapat menerima saya.
Jejaka Yang Sentiasa Menanti Mu.

Seketika Khairien sendiri. Dikoyaknya surat itu dan dia lemparkan ke dalam tong sampah. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliah.
" Wei...wei...dia dah masuk, dia dah masuk", kata-kata yang keluar dari mulut siswa sekelas Khairien. Khairien berpaling ke arah mereka. Mereka semua tersenyum memandangku. "Ya Allah, apa pulak yang akan berlaku nanti?" bisik hati kecil Khairien dan mengambil tempat duduknya agak jauh daripada siswa-siswa itu.

Khairien menumpukan sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya menerangkan topik-topik penting di dalam kelas.

" Untuk tajuk ini kamu semua kena siapkan satu assigment bagi memenuhi lagi 40% markah. Bahagi dalam kumpulan. Satu kumpulan sekurangnya-kurannya empat orang". Kata Dr. Rashidi.

" Dr., tak pe, pasal kumpulan saya rasa biar saya tetapkan, nanti saya berikan senarai nama tu pada Dr. Saya rasa itu lebih senang", sampuk Syarkawi selaku ketua kelas kami. Masing-masing setuju dengan pendapat Syarkawi. Aku mengikut sahaja dengan pendapat mereka.
Tidak pernah kuduga, cadangan Syakawi itu ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang telah dirancang oleh mereka. Aku sama sekali tidak setuju dengan pemilihan Syarkawi dalam pembahagian kumpulan untuk tugasan assigment yang diberikan oleh Dr. Rashidi.

" Saya tak setuju kalau pembahagian kumpulan macam ni. Kenapa dalam group saya, saya sorang je perempuan? Macam mana saya nak buat kerja macam ni", protesku kepada Syarkawi. Syakawi tidak menjawab. Dia berlalu begitu sahaja. Akhirnya Khairien bertemu dengan Dr. Rashidi untuk memberitahu semua itu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Dr. Rashidi tetap bersetuju dengan pembahagian yang telah dibuat oleh Syarkawi tadi. Aku seperi mahu mennagis mendengar kata-kata Dr. Rashidi. Ya Allah...mereka tidak memahami keadaan diriku.

Hari ini hari pertama group Khairien akan bertemu untuk membincangkan tugasan mereka. Hatinya berdebar-debar. Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku ini. Kau lindungilah aku Ya Allah. Khairien tidak putus-putus berzikir dan berdoa. Hampir setengah jam dia menunggu mereka di perpustakaan. Batang hidung mereka masih tak kunjung tiba. Khairien semakin risau.

" Mereka ni nak mempermainkan aku ke?" bentak hati kecil Khairien.
Tidak lama kemudian,

" Assalamualaikum...",
" Waalaikumusslam...", balas Khairien dan terus berpaling ke belakang.
Hanya seorang sahaja daripada mereka yang datang. Arif memandangku tak putus-putus. Aku pelik melihatnya. Mana yang lain? Soalan itu yang mahu kutanya, tapi lidahku kelu. Aku menjadi semakin rimas dan tidak selesa dengan pandangan Arif.

" Mereka yang lain tak dapat datang. Rasanya kita berdua dululah yang bincang tajuk assigment tu", kata Arif sambil tersenyum-senyum memandangku.

Ah...tidak mungkin hanya kami berdua sahaja. Sesungguhnya apabila seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu nescaya yang ketiganya adalah syaitan. Tidak sama sekali. Aku bukan seperti itu.
" Minta maaf ye Arif. Saya rasa kita kena bincang dengan semua ahli group kita. Saya rasa tak elok kita berdua saja yang bincang dulu. Nanti mereka tak tahu apa-apa pula", kataku ingin mengelak.
" Tak pe, nanti saya beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan", balas Arif sungguh-sungguh.
" Saya rasa tak patut macam tu. Lebih baik awak dan mereka bincang betul-betul bila masa yang sesuai untuk kita semua jumpa. Saya tak nak kita buang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan", kataku tegas tanpa memandang sedikitpun wajah Arif. Arif terdiam.
" Saya rasa kita tak perlu bincang apa-apa lagi hari ni. Saya balik dulu", kataku dan terus melangkah pergi.

" Rien,nanti dulu", balas Arif lalu menarik tanganku. Aku menepis dengan kuat. Apa ni!!!? Berani Arif menarik tanganku di hadapan siswa-siswi lain. Aku ketika itu seperti mahu menamparnya.

" Apa awak ni? Pegang tangan saya sesuka hati", marah Khairien lalu berjalan pantas meninggalkan Arif terkulat-kulat di situ. Arif cuba mengejarnya dan menghalang perjalanannya.

" Awak ni apa pada saya? Tepilah...saya nak balik. Awak ni tak faham-faham ke", marah Khairien lagi.

" Khairien...boleh tak awak beri ruang untuk Erie seketika. Jangan sombong sangat. Boleh tak faham keadaan dan perasaan hati Erie terhadap awak selama ni.. Kenapa awak tak pernah faham hati dan perasan Erie. Sampai hati awak buang surat dan bunga yang Erie berikan", luah Arif dengan penuh perasaan.

Hmmm..bahasakan dirinya dengan nama manja lagi...Ya Allah...jagalah hatiku Ya Allah..Didiklah hatiku agar tidak tersasar kepada cinta yang bukan sepatutnya.
" Arif, maaf. Saya tak faham apa yang awak maksudkan." balasku.
" Khairien, Erie sukakan awak, tapi awak tak pernah beri Erie peluang. Awak tak pernah fahami perasaan Erie. Dari awal lagi Erie dah suka awak dan penampilan awak menjadikan Erie begitu tertarik untuk mendekati Rien.. Please, fahamilah Erie. Maafkan Erie juga atas kejadian di padang tempoh hari.. Erie tak sengaja buat Rien macam tu. Erie tahu Rien nak tarbiyah Erie tapi... ", kata Arif sambil menundukkan wajahnya ke lantai.

Ya Allah... apa semua ini? Aku terkejut, terkejut dengan kata-kata Arif.
" Arif...kita ke sini nak belajar, kita baru je dua bulan lebih di sini. Tak payahlah nak fikir-fikir benda tu lagi. Saya rasa kita tumpukan dulu pelajaran kita. Boleh ye?", nasihat Khairien.

" Itu Erie tahu, tapi Erie dah sukakan awak sangat. Tolonglah fahami Erie, Khairien. Erie dah tak tau nak buat apa lagi. Semua pemberian Erie, Khairien tolak dan tak terima.. macam-macam Erie buat untuk tambat Kahirien di kolej, sempena hari lahir Khairien pun Khairien tak hargai.. Apa yang Erie nak buat lagi untuk tambat hati Khairien...", rayu Arif.

Ya Allah! Kuatkan hatiku Ya Allah. Jangan kau luluhkan hatiku dengan kata-kata Arif ini Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Ku mohon Kau menjaga hatiku ini tatkala bersama lelaki yang bukan mahram dengan ku..

" Macam nilah Arif. Saya rasa awak balik dulu. Banyakkan doa kepada Allah. Minta petunjuk daripada-Nya. Saya minta awak buatlah istikharah dahulu. Sesungguhnya petunjuk dari Allah amat bermakna. Jika petunjuk dari-Nya adalah saya, saya terima ketentuanp-Nya. Suka dan cinta tu tak salah, tapi kita kena sesuaikan dengan syariat, batasan iman yang kita ada. Maaf ye Arif, saya minta diri dulu", pintaku lalu berlalu pergi.
Kata-kataku itu membuatkan ada garis-garis kecewa dan patah hati di wajah Arif.

Malam ini aku sibuk mentelaah tajuk-tajuk yang bakal dipelajari esok hari. Room mate masih lagi belum pulang. Aku memandang bintang-bintang di langit yang berkelip-kelipan melalui jendela bilikku. Begitu indah sekali kebesaran dan ciptaan Allah. Aku memandang susuk tubuhku sendiri. Sesungguhnya kekuasaan dan kasih sayang Allah itu tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Tiba-tiba...
" Assalamualaikum..."
" Waalaikumusslam...", jawab Khairien dan terkejut seketika. Suara yang pernah didengarinya sebelum ini. Arif!! Apa yang dia mahu lagi? Ya Allah!! Khairien hanya diam.

" Khairien...Awak sihat?", tanya Arif dengan nada yang agak terketar-ketar.
" Sihat... Kenapa ye? Oh ya, macam mana dengan kawan-kawan yang lain, bila boleh kita jumpa untuk bincang tajuk assigment kita tu?" balas Khairien sambil menggaru kepalanya.

" Rien...boleh saya cakap sesuatu dengan awak", kata Arif lagi.

" Saya rasa kalau perkara itu penting dan perlu dikatakan sekarang silakan. Jika tidak penting, tak perlulah cakap sekarang. Saya ada kerja sekarang, maaf ye", balas Khairien dengan penuh ketegasan.

" Saya harap awak dapat menerima saya".

" Saya tidak pernah menolak seseorang tu dalam hidup saya, apatah lagi mereka itu saudara saya sesama Islam. Saya harap awak faham dengan kata-kata saya ni. Assalamualaikum...", jawabku lalu menutup telefon.
Esoknya aku ke kuliah seperti biasa. Semua siswa sekelasku memandangku dengan pandangan yang penuh kebencian. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku terus masuk ke kelas dan duduk di tempatku seperti biasa.

" Rien...boleh aku bercakap dengan kau sikit", kata Manisa dan menghampiriku. Wajahnya masam sahaja. Entah apa yang berlaku kepadanya.

" Ada apa Nisa. Cakaplah". Balasku sambil menyelak helaian demi helaian buku di atas meja.

" Kau ni perempuan jenis apa Rien? Sombong semacam je. Dah orang nak kat kita, terima sajalah. Jangan nak memilih. Sombong sangat kau ni. Jangan sampai satu hari semua lelaki benci kepada kau. Last2 kau nanti tak de jodoh. Baru kau tau langit tinggi ke rendah," marah Manisa.
Aku tergamam. Hatiku beristighfar tidak putus-putus mendengar kata- kata Manisa itu. Apa salahku sehingga Manisa sanggup melontarkan kata-kata itu kepadaku. Perempuan apa aku katanya. Sedih mendengar kata-kata itu. Mereka tidak pernah faham Ya Allah, mereka tidak pernah mengerti apa yang ada dalam benak hatiku ini. Khairien menarik nafas panjang.

" Apa ni Manisa? Aku tak faham", kataku seolah-olah tidak tahu

" Yelah, Arif tu kan mati-mati cintakan kau, berusaha untuk menawan hati kau, kau buat tak layan je pada dia. Kau tahu tak, dia tak makan dan sekarang ni dia tak sihat kerana kau, hidupnya pun dah tak terurus kerana kesombongan kau tu", marah Manisa sambil menunding jari ke arahku. Matanya terbeliak seolah-olah seperti harimau mahu menerkam mangsanya.
" Nisa,Nisa...Cinta tu hanya pada Allah. Aku tak salahkan Arif untuk semua tu, tapi dia kena faham, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin dan cinta kepada yang bukan mahram berdosa namanya. Aku sudah jelaskan pada dia, aku terima dia sebagai saudara sesama Islam, sebagai sahabat dan kawan. Tidak lebih daripada itu. Aku takut hatiku ini dalam ketidak redhaan Allah,dalam kemarahan Allah Nisa. Aku tak nak hatiku dicemari oleh cinta yang bukan pada landasan syarak, Nisa. Aku takut hatiku akan kotor dan aku nak serahkan cintaku ini kepada seorang yang sah bergelar suami kepada ku kelak, Nisa. Nisa, nafsu manusia yang tidak dikawal akan mudah dirasuk oleh syaitan. Aku harap kau faham", jelas Khairien penuh kelembutan.

Manisa memandang sayu kepadaku. Pandangannya menampakkan dia jelas dengan kata-kataku itu. Aku memegang bahunya.

" Nisa, cinta itu anugerah dari Allah dan perlu dijaga dengan baik bukan diberikan kepada yang tidak selayaknya. Cinta itu kita perlu pupuk dalam diri dan hati kita, tapi bukan untuk memuaskan nafsu, tapi cinta kita berlandaskan iman kepada Allah. Itu sudah pasti dapat mengawal kita dan menjadikan kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa mengawal setiap gerak geri diri dan hati kita. Cinta perlu diberi kepada yang hak dan aku sedang menjaga hatiku untuk diserahkan cinta ini kepada yang selayaknya dan yang hak, Nisa. Aku tak nak cinta itu hanya menjadi mainan sahaja. Amat besar maksud cinta bagi yang mengerti dan memahaminya. Aku terima dirinya jika Allah telah takdirkan dialah jodohku kelak dan di saat itu cinta akan kuberikan kepadanya", kataku lagi. Manisa hanya mengangguk.

Ya Allah... kurniakanlah kepadaku orang yang sentiasa mencintai-Mu,mencintai Rasul-Mu, sentiasa mendekatkan diri kepada-Mu untuk terus mencintai-Mu dan datangkanlah insan yang kelak mencintai diriku kerana dia mencintai-Mu dalam mengharapkan redha-Mu Ya Allah...

Saturday, November 15, 2014

Surat Cinta dari SANG PENAGIH CINTA

Bismillahir Rahmanir Rahim...      



"Bagiku, Dialah segala-galanya buatku.   Aku tidak malu untuk mengemis cinta dariNya.   Aku tidak sesekali berasa segan untuk berbuat demikian.   Meskipun, mungkin akan ada yang berkata kepadaku, ‘Heh, terhegeh-hegeh si pengemis cinta ini meminta.!’  

Aku tidak peduli.   Aku tidak hiraukan semua mata manusia yang memandang.   ‘Pengemis gila’, ‘Pengemis hina', 'Pengemis tak betul'.   Biarlah mereka mengecop aku seperti apapun, namun aku cintakan dia.  

Kerana aku memang seorang pengemis.    


Pengemis yang sentiasa menagih. Menagih cinta dariNya. Kerana memang aku ingin sekali memiliki cintaNya. Kerana memang aku begitu teruja untuk sentiasa dekat denganNya. Dan kerana aku juga terlalu ingin mendampingiNya dan didampingiNya setiap masa dan ketika.

Dialah yang selama ini sering membuatkan aku gembira. Dialah yang selama ini sering membuatkan aku bahagia. Dialah juga yang selama ini membuatku tenang dan aman sekali jiwaku.

Tatkala aku sedih, Dia yang datang memujuk. Dengan kalamNya yang cukup indah, dengan janjiNya yang cukup romantis dan manis sekali. Dengan tuturnya penuh lunak bicaraNya. Dan dengan suaraNya penuh dengan pengajaaran dan didikan kepadaku.

Tatkala aku lemah, Dia sentiasa ada di sisi menguatkan aku. Tatkala aku takut, Dialah yang datang memberikanku kekuatan sekaligus menambahkan kekuatanNya dalam jiwaku.  Tatkala aku hampir-hampir berputus asa, Dia memberikanku jalan keluar dan sebuah harapan. Dengan janji-janjinya yang benar, tiada satu pun yang dusta, aku terlalu asyik denganNya. Dia tidak pernah menjauh dariku, tatkala semua manusia menjauh dariku. Dia tidak pernah sesekali menghina aku meskipun aku sang pengemis hina dan dina ini lagi naif. Sungguhlah bahawa dia sangat dekat dengan jiwaku ini..

Malah, Dia senang sekali dengan perwatakanku sebagai si pengemis CINTA dan Dia tidak pernah memarahiku, tidak pernah mengherdikku. Dia malahannya, semakin sayang padaku tatkala aku terhegeh-hegeh mengemis cinta darinya. Dia malahan pula kurasakan semakin cinta padaku tatkala aku melafazkan kata-kata cinta kepadanya.

Dia juga semakin kasih padaku tatkala aku cuma ingin setia mengemis kasih darinya. Oh, indahnya hidupku tatkala aku mendapat cinta dan perhatian sepenuhnya dari Dia! Terasa dunia ini aku yang punya. Terasa indah dan tenang sekali jiwaku ini ketika dibaluti CINTANYA dan ketika dipujuk oleh kata-katanya. Biarpun aku cuma seorang pengemis, sungguh aku bahagia dan sungguh aku tenang sekali. Damai dan tenang sekali hatiku.

Adakah kalian miliki rasa seperti itu? Tiada cinta yang lebih asyik dan mendalam, selain cinta yang aku puja ini. Sebab itulah, aku ingin terus mengemis cintanya. Kerana Dia tidak pernah jemu dan bosan tatkala aku meminta darinya. Dia tidak pula memarahi aku.Dia juga tidak pernah mengurangi permintaanku tatkala aku semakin menjadi pengemisnya.

Dia malah menunjukkan kepadaku mahligai kasih yang tersergam indah yang dibina khas buatku. Oh, kekasih hatiku… Cintaku tidak sehebat cintamu padaku. Biarpun aku terus mengemis dan mengemis cintamu, tetap sahaja cintamu terus membunga mekar untukku. Semakin indah, lebih indah dari apa yang ada di dunia ini.

Tetapi, kenapa tidak semua orang ingin menjadi pengemis sepertiku? Kenapa tidak semua orang ingin berebut mendapatkan cinta darinya? Mungkin, kerana mereka belum dapat rasai apa yang aku rasa. Mungkin mereka masih belum sampai puncak ‘kemanisan iman’.

Ya. Mungkin saja mereka bongkak dan angkuh untuk mengemis cinta darinya. Ah, alangkah ruginya mereka.! Rugi besar. Mereka fikir, dengan adanya harta yang banyak, emas yang menimbun boleh membuatkan mereka bahagia? Mereka fikir, dengan pangkat dan nama, mereka dapat membeli cinta dengan sewenangnya? Mereka sudah silap! Mereka fikir, pengemis seperti aku langsung tidak berguna? Biarlah. Biarkan mereka dengan angan-angan palsu mereka. Aku hanya ingin menyampaikan. Aku hanya ingin menyampaikan sesuatu yang benar inii sahaja. Tahukah kalian?? Bahawa apabila kita telah asyik mencintai dan memujanya kadang kita terlupa untuk urusan lain walau sekejap sahaja.. Menariknya hati ini apabila aku ditakdirkan menjadi SANG PENGEMIS!!!!! Walhal ramai lagi orang yang tidak mahu menjadi pengemis hinggakan keluar air mata memohon dan mengemis cintanya....


Wednesday, June 18, 2014

Masanya Telah Tiba

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah..
Hebatkan Allah? Semua ada hikmah..

Ujian hati....tiba lagi pada kali ini...
Masya Allah...
Ya Allah..kuatkanlah datiku ini ya Allah....




Cintaku pada awal remaja (EP 1)

Cinta???ada apa ye ngn cinta???? urm... nak dikatakan..masa kanak-kanak dahulu aku pernah suka ngn seseorang.... sape ye..?? hehehe..masa kecik-kecik la dulu..rasa macam manis je dan nak kenang semula....masa tu aku suka sangat kan kat sorang budak lelaki ni...dia ni sebenarnya ,baru je pindah ke sekolah agama aku masa tu..Sekolah Agama Peserai... haaa.... dia ni tak lah hensem tp manis dan cute la sebenarnya...

kalau tanya aku rindu tak alam tu..eh..mestilah aku rindu sangat ngn masa zaman dulu-dulu....erm...tapi di mana dia kan?? dia memang suka aku juga masa tuh..(Chewah...ni perasan la ni..) ye la kitorang balik sekolah sama2..naik basikal siap lumba lagi...klau x pun ayah dia yang akan hantar kitorang g sekolah sama2...erm...seronok sangat masa tuh...tp sekrang ni...dah basar...masing2 bawa haluan sendiri....

ok..nnti aku sambung lagi...ni baru episod 1 cinta awal remaja...nanti sambung balik.....akan datang....coming soon...hehehe


My Crush




Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa 
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa 
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan 
penuh dengan oh cabaran

segalanya pasti ada hikmah

Rupa-rupanya dah setahun tidak menjengah ke blog yang aku sayang ni.... rasanya dah penuh sawang-sawang dah ni...Di sini ingin aku kongsikan sebuah kisah yang pernah berlaku kepada diriku ini.. Kisahnya macam ni... Opppssss..sebelum tu, seringkali kan kita dengar ayat macam ni kalau kita ditimpa kesusahan atau ditimpa musibah? "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.” Ayat ini sering diucapkan oleh seseorg kepada seseorang yang biasanya di landa musibah. Tidak kira sama ada ditimpa bencana, kemalangan, kekecewaan, kematian dan sebagainya.

Ayat ni pun biasanya dilontarkan dengan tujuan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa musibah tersebut sama ada ikhlas atau tidak atau sekadar untuk menyedapkan hati, hanya si penutur sahaja yang tahu kan???.



Sejauh mana  kata-kata "'Ada hikmah di sebalik kejadian” ini akan difahami oleh penutur dan sejauh mana pula orang yang ditimpa kesusahan itu dapat menerimanya kan?? 
Apabila aku meneliti perkara-perkara yang pernah berlaku kepada diriku sejak saya kecil hingga kini, semuanya tentu ada hubung kait. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita telah direncanakan oleh Allah. Selalu sangat jika kecewa atau sedih kita tentu akan menyalahkan Allah kenapa buat begitu, kenapalah aku diuji begini, kenapalah aku diberikan begini...kenapa kita tidak fikirkan apa yang telah Allah beri banyak sangat kepada kita tetapi kita tidak pernah rasa syukur....

Hikmahnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Perjalanan hidup kita sejak kecil hingga sekarang adalah milik-Nya. Memang Dia yang Maha Berkuasa terhadap kita kerana kita adalah hamba-Nya. Tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa aku miskin, kenapa aku tak kaya, kenapa aku tak kawin-kawin sampai sekarang sedangkan kawan-kawan yang lain dah beranak pinak, kenapalah dia curang (bg yang putus cinta), kenapalah dia ceraikan aku, kenapa anak aku cacat, kenapa kawan aku tikam aku dari belakang, kenapa aku difitnah dan dikata yang bukan aku buat, kenapa itu, kenapa ini dan macam-macam lagi keluhan yang sering keluar dari bibir kita... Ingatlah semua itu ada ujian Allah SWT. Dalam jangka masa pendek atau panjang (mungkin makan masa bertahun-tahun) barulah kita nampak hikmah yang Allah sembunyikan daripada kita sebenarnya. 


Selebihnya jika kita ditimpa musibah, kekecewaan, kesedihan, banyakkan bersabar, beristighfar, mengingati Allah, berbaik sangka, berasa senang dengan ujian Allah SWT. In sha Allah, suatu masa nanti Allah akan anugerahkan kita apa yang kita mahukan dan semestinya apa yang Dia mahukan untuk kita yang terbaik Dia akan berikan kepada kita.


Ok lah...aku sambung kisah benar aku... aku ni mula nak berjogging..semangat lah nak turunkan berat badan aku....maklum sahaja...berat badan makin naik..so tiap-tiap hari aku jogging... dan pada hari Jumaat 13 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban 1435H pagi-pagi lagi aku dah ke Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi... sebab nak jogging punya pasal... Aku rasa nak sekejap je..dan hati aku dah tak sedap masa tu sebab aku ni tak de penginapan di UKM masa tu..kolej x bagi sewa...so aku letak barang-barang aku dalam kereta je..masa tengah jogging tu..sekumpulan Nutrition Herba Life sdang buat aerobik dan ajak aku join mereka..hati aku x sedap dan x nak join..tp sbb nak hormati mereka, aku ikut je la..dalam hati sanagat2 tak sedap kerana ada laptop dan handbag dalam kereta aku...

Habis je aku join Herbalife tu aku terus ke kereta...dan Ya Allah...terkejutnya aku.... sebab laptop aku dan handbag aku telah dilarikan... aku buntu dan aku lihat suspect tinggalkan hand phone je.. aku call kumpulan herba life minta tolong..dan Wan hantar aku ke Balai Polis Bandar Baru Bangi utk report... dan seterusnya ke Balai Polis Kajang utk wat siasatan...Polis dapati kereta aku telah diumpil...dan suspect mungkin memakai sarung tangan kerana tiada kesan cap jari di kereta aku...
Hatiku menjerit2 kerana laptop yang aku sayang dah tak de.... dengan tugasan assigment aku banyk lagi belum siap....

Ya Allah... Sukarnya untuk menuntut ilmu pada kali ini... besarnya ujian yang Kau berikan kepadaku.... Dalam menuntut ilmu ini, telah banyak ujian yang diberikan kepadaku...dari segi kawan-kawan di tempat kerja, dengan urusan biasiswa lagi dan ini pula yang ujian aku terpaksa hadapi walaupun aku tak mampu dan x kuat...


Tetapi aku sedar, ada hikmah disebalik kejadian ini... sebab sebelum ini ada peristiwa yang berlaku antara adik angkat aku ni ngn family dia..di mana aku dituduh sebagai perosak keluarga mereka adik beradik, aku dikatakan orang yang sakit mental..aku juga dikatakan suka sama perempuan..dan macam-macam lagi kepada aku... Alhamdulillah berkat kesabaran dan doaku siang malam...akhirnya Allah makbulkan doaku dengan menyelesaikan kemelut ini..tetapi Allah ambil semula apa yang aku ada...


Daripada kejadian ini, alhamdulillah ayah adik angkat aku telah pandang positif pada diriku..dan aku bukan seperti yang diperkatakan oleh yang lain-lain... Apabila aku telah kehilangan duit dan lain-lain ini, mak dan ayah adk agkat aku telah meminta aku tinggal sementara di rumah mereka kerana aku tak de langsung duit..nak tunggu gaji lambat lagi...kalau aku ada duit aku dah sewa hotel ke atau apa dah...sebab tak nak susahkan orang...

Ya Allah berilah balasan kebaikan kepada famili ini kerana telah membantuku  dan Kau juga yang Maha Berkuasa atas segalanya.....


Wednesday, May 1, 2013

Bersuamikan Ustaz Best Ke??

Erm....dunia ini adalah ujian untuk orang-orang yang beriman.. ynag dinamakan orang Islam kita akan sentiasa diuji untuk menentukan tahap kesabaran kita..

Masya Allah....bila saya tengok dan renungkan semula kisah hidup insan sekeliling kita, besar ujian yang mereka hadapi...

Tadi saya dapat makluman daripada kawan saya...erm,,ni nak tulis kat blog ni..best sangat ke kalau nikah dan dapat pasangan ustaz?? Kasihan pulak kawan saya ni... Dia mendapat suami alhamdulillah soleh,,,namun, dia tidak mendapat apa yang diberikan...Yang sepatutnya nafkah zahir diberikan oleh seorang suami..

Moga Allah memberi jalan penyelesaian kepada kawan saya ini.... Sehinggakan suami ingin berkahwin lain namun tanggungjawab pada isterinya tidak dilunaskan...

Masya Allah... Sedarkah dia bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan oleh seorang suami??
Semua bil dan lain-lain keperluan adalah bawah tanggungjawab suami tetapi langsung suami abaikan...

Mudahan Allah merahmati hidup kawan saya yang banyak bersabar hampir 8 tahun perkahwinannya...

Tuesday, April 30, 2013

lembayung kasih Ilahi

Kadang kala hati kita sebagai manusia ini sering tidak puas dengan apa yang Allah berikan...
Hati menjerit..mengenangkan nasib kita, kadang kala kita mengeluh sendiri..
Kadang-kadang kita selalu juga mengomel sendiri..

" Ya Allah! Kenapalah aku ni nasib malang dan sentiasa diuji?"

Di sini Allah menjawab dengan kita tapi kita tak menyedarinya pun Allah dah berkata-kata dengan kita tanpa kita sedar.

Saturday, March 16, 2013

kutahan semuanya...ku pendam sebuah duka

sebulan lebih rupanya aku tak tengok blog aku...rindu rasanya...tak pe lah..aku catatkan walau sedikit ayat jadilah....

sekarang ni  aku dah sambung master...alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah.. Aku harapakan agar Allah permudahkan segala urusan ku dalam urusan menuntut ilmu ini...

Kini aku di UKM sedang membuat assigment sambil2 membuka dan menjenguk blog aku yg dah lama aku x  jenguk ni...rindu pulak rasanya... Aku sedih.... ye la apabila orang yang aku percayai, orang yang aku sayang ckp aku macam tu... kalau aku x tahu blog dia pun still orang lain boleh bacanya juga....sabarla hati..

Ku pujuk hatiku sendiri.... Ku tenteram kan hati ini....

Hati..janganlah kau sedih ye...^_^

Tuesday, February 5, 2013

Tabahkan hatiku dan jiwa ini


 Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan ilmu-Mu aku meminta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dan memohon daripada-Mu dari segala kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkau Yang maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, agamaku, duniaku dan kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah kepadaku. Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu tidak baik untukku untuk agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang, maka elakkanlah dariku dan elakkanlah diriku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan dan keselamatan atas jagaan dan peliharaan-Mu untukku walau di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa di atas sesuatu perkara. Ya Allah sesungguhnya aku hanya mohonkan yang terbaik untukku dari-Mu dan jagailah daku, peliharalah daku dan sayangilah daku dengan pandangan Rahmat-Mu....