Saturday, November 15, 2014

Surat Cinta dari SANG PENAGIH CINTA

Bismillahir Rahmanir Rahim...      



"Bagiku, Dialah segala-galanya buatku.   Aku tidak malu untuk mengemis cinta dariNya.   Aku tidak sesekali berasa segan untuk berbuat demikian.   Meskipun, mungkin akan ada yang berkata kepadaku, ‘Heh, terhegeh-hegeh si pengemis cinta ini meminta.!’  

Aku tidak peduli.   Aku tidak hiraukan semua mata manusia yang memandang.   ‘Pengemis gila’, ‘Pengemis hina', 'Pengemis tak betul'.   Biarlah mereka mengecop aku seperti apapun, namun aku cintakan dia.  

Kerana aku memang seorang pengemis.    


Pengemis yang sentiasa menagih. Menagih cinta dariNya. Kerana memang aku ingin sekali memiliki cintaNya. Kerana memang aku begitu teruja untuk sentiasa dekat denganNya. Dan kerana aku juga terlalu ingin mendampingiNya dan didampingiNya setiap masa dan ketika.

Dialah yang selama ini sering membuatkan aku gembira. Dialah yang selama ini sering membuatkan aku bahagia. Dialah juga yang selama ini membuatku tenang dan aman sekali jiwaku.

Tatkala aku sedih, Dia yang datang memujuk. Dengan kalamNya yang cukup indah, dengan janjiNya yang cukup romantis dan manis sekali. Dengan tuturnya penuh lunak bicaraNya. Dan dengan suaraNya penuh dengan pengajaaran dan didikan kepadaku.

Tatkala aku lemah, Dia sentiasa ada di sisi menguatkan aku. Tatkala aku takut, Dialah yang datang memberikanku kekuatan sekaligus menambahkan kekuatanNya dalam jiwaku.  Tatkala aku hampir-hampir berputus asa, Dia memberikanku jalan keluar dan sebuah harapan. Dengan janji-janjinya yang benar, tiada satu pun yang dusta, aku terlalu asyik denganNya. Dia tidak pernah menjauh dariku, tatkala semua manusia menjauh dariku. Dia tidak pernah sesekali menghina aku meskipun aku sang pengemis hina dan dina ini lagi naif. Sungguhlah bahawa dia sangat dekat dengan jiwaku ini..

Malah, Dia senang sekali dengan perwatakanku sebagai si pengemis CINTA dan Dia tidak pernah memarahiku, tidak pernah mengherdikku. Dia malahannya, semakin sayang padaku tatkala aku terhegeh-hegeh mengemis cinta darinya. Dia malahan pula kurasakan semakin cinta padaku tatkala aku melafazkan kata-kata cinta kepadanya.

Dia juga semakin kasih padaku tatkala aku cuma ingin setia mengemis kasih darinya. Oh, indahnya hidupku tatkala aku mendapat cinta dan perhatian sepenuhnya dari Dia! Terasa dunia ini aku yang punya. Terasa indah dan tenang sekali jiwaku ini ketika dibaluti CINTANYA dan ketika dipujuk oleh kata-katanya. Biarpun aku cuma seorang pengemis, sungguh aku bahagia dan sungguh aku tenang sekali. Damai dan tenang sekali hatiku.

Adakah kalian miliki rasa seperti itu? Tiada cinta yang lebih asyik dan mendalam, selain cinta yang aku puja ini. Sebab itulah, aku ingin terus mengemis cintanya. Kerana Dia tidak pernah jemu dan bosan tatkala aku meminta darinya. Dia tidak pula memarahi aku.Dia juga tidak pernah mengurangi permintaanku tatkala aku semakin menjadi pengemisnya.

Dia malah menunjukkan kepadaku mahligai kasih yang tersergam indah yang dibina khas buatku. Oh, kekasih hatiku… Cintaku tidak sehebat cintamu padaku. Biarpun aku terus mengemis dan mengemis cintamu, tetap sahaja cintamu terus membunga mekar untukku. Semakin indah, lebih indah dari apa yang ada di dunia ini.

Tetapi, kenapa tidak semua orang ingin menjadi pengemis sepertiku? Kenapa tidak semua orang ingin berebut mendapatkan cinta darinya? Mungkin, kerana mereka belum dapat rasai apa yang aku rasa. Mungkin mereka masih belum sampai puncak ‘kemanisan iman’.

Ya. Mungkin saja mereka bongkak dan angkuh untuk mengemis cinta darinya. Ah, alangkah ruginya mereka.! Rugi besar. Mereka fikir, dengan adanya harta yang banyak, emas yang menimbun boleh membuatkan mereka bahagia? Mereka fikir, dengan pangkat dan nama, mereka dapat membeli cinta dengan sewenangnya? Mereka sudah silap! Mereka fikir, pengemis seperti aku langsung tidak berguna? Biarlah. Biarkan mereka dengan angan-angan palsu mereka. Aku hanya ingin menyampaikan. Aku hanya ingin menyampaikan sesuatu yang benar inii sahaja. Tahukah kalian?? Bahawa apabila kita telah asyik mencintai dan memujanya kadang kita terlupa untuk urusan lain walau sekejap sahaja.. Menariknya hati ini apabila aku ditakdirkan menjadi SANG PENGEMIS!!!!! Walhal ramai lagi orang yang tidak mahu menjadi pengemis hinggakan keluar air mata memohon dan mengemis cintanya....


No comments: