Friday, September 2, 2016

Remuknya Sekeping Hati



Hati manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.

Hati, yang dahulunya telah remuk dan hancur kini tidak mungkin boleh disambung kembali. Hati yang seing disakiti dan dikhianati terus menjadi hambar dan tawar setawarnya air dan sepahitnya hempedu. Kerap kali dilukai dan terus dicalari menyebabkan hati ini tidak menjadi kuat dan setabah hati yang dulu.
Ingin kumiliki sekeping hati yang baharu bagi melegakan keperitan hidup dan kekecewaan diri andai diberikan sekali lagi peluang. Namun, adakah ianya dapat diperoleh kembali setelah hati ini yang milik Allah tidak mungkin dapat diganti kembali melainkan dengan sebuah kematian yang pasti?

Berkali-kali ia dihancurkan dalam perhubungan dan persahabatan menyebabakan hati yang koyak, remuk dan hancur itu sukar disambung kembali. Apabila marah merajai hati, tentunya kata-kata kesat sering dilempari dinista dan di maki untuk mereka di sekeliling tanpa rasa dipeduli apakah perasaannnya yang sebenar

No comments: