Showing posts with label Seperti Dalam Novel Cinta. Show all posts
Showing posts with label Seperti Dalam Novel Cinta. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

KAU SAKITI HATINYA?? (Bahagian 1)


Hembusan angin yang begitu kencang membuatkan tudung yang dipakai Khairien melambai-lambai. Dipegangnya perlahan-lahan, namun angin yang begitu kencang membuatkan Khairien tidak mampu untuk mengawal tudungnya. Dia terus berjalan dan menaiki anak tangga Fakultinya. Seketika itu, dia amat hairan melihat sekelompok siswa yang tersenyum-senyum melihatnya.

Perasaan Khairien semakin tidak tenang dan menjadi tidak selesa diperhatikan sedemikian rupa. Dia berhenti seketika di penjuru koridor yang sudah agak jauh dari kelompok siswa-siswa itu. Diperhatikan keadaan dirinya. Ada yang tidak kena ke dengan pakaian aku?bisik hati kecilnya. Ah! Biar sahaja mereka itu. Usah dihiraukan. Khairien terus berjalan melintasi sekelompok siswa-siswa tadi. Dia sedikitpun tidak menghiraukan mereka pandangan dan usikan mereka.

" Assalamualaikum...saudari... Kesian saudari sorang je ke jalan?? Tak berteman ke? Perlukan kami sebagai peneman? " Usikan salah seorang dari kelompok siswa itu. Khairien terus buat tak acuh sahaja kerana sudah lali dengan usikan seperti itu.
Memang pun selama ini aku seorang diri ke sana ke mari. Tetapi Alhamdulillah Allah masih bersamanya.

"Hai..kesian...dahla sorang diri je berjalan...bahaya tau..dalam keadaan angin kencang macam ni pulak tak sesuai ustazah pakai tudung yang labuh macam ni. Kan menyusahkan...", usik salah seorang daripada mereka lagi. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Aku terus berjalan. Tidak habis di situ saja. Kali ini aku disekat dipertengahan jalan oleh salah seorang daripada mereka yang wajahnya asyik tersengih-sengih. Badannya agak kurus dan bercermin mata.

" Boleh berkenalan tak? nama saudari?tadikan saudari tak jawab salam kawan saya tu, berdosa tau. Tak baik buat macam tu. Kita dalam Islam ni kalau ada orang nak jalinkan hubungan silaturahim kita tak boleh tolak", usik siswa itu. Hatiku semakin sakit dan meluat. Inilah suasana yang aku hadapi selama baru berada dua bulan di Universiti Malaya ini. Aku pelajar baru di sini. Pelajar yang selalu diganggu dan diusik oleh senior-senior terutamanya senior lelaki. Aku juga pelik, kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Kenapa penampilan aku ini sering menjadi usikan siswa-siswa di sini. Kadang-kadang kesabaranku naik ke kemuncaknya. Aku beristighfar banyak-banyak.
Ya Allah kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan semua ini.
Keesokannya selepas balik dari kuliah, aku menuju ke pigeon hall kolej ku, dan di sana aku amat terkejut kerana terdapat sepucuk surat khusus buatku. Jiwaku menjadi semakin tidak tenteram dan tidak tenang akan hal ini. Aku membacanya dengan tenang satu persatu isi surat tersebut. Masya Allah...Apa yang telah berlaku kepada diriku ini Ya Allah??? Siapakah gerangannya hamba Allah yang menulis surat sedemikian rupa kepada ku ini sehingga sanggup datang ke rumah untuk melamarku?

Ini lah ujian berat yang pernah aku hadapi. Memandangkan tugasku di tempat belajar ku dan di kolejku sering bertambah, aku menganggapnya sebagai satu perkara yang enteng sahaja. Pernah aku menerima hadiah dan pelbagai kejutan oleh jejaka tersebut. Selang beberapa hari kemudian, Khairien tergamam apabila ada seorang siswi datang menghampirinya dan menghulurkan sepucuk surat dan tiga kuntum mawar merah. Apa pulak ni? Berkerut muka Khairien apabila menerima sepucuk surat dan kuntuman mawar tersebut. Puas dia memikirkan kali ini gerangan mana pula yang memberinya. Khairien membaca isi surat itu satu persatu. Aku merasakan bahawa pengirimnya mesti orang yang sama kerana luahan hatinya mempunyai maksud yang sama.

Saudari...
Salam perkenalan. Moga kita dapat berkenalan dengan lebih jauh... Walaupun isi surat ini pendek, tetapi ia membawa makna yang mendalam. Saya amat tertarik dengan cara saudari yang sentiasa menjaga penampilan diri sebagai seorang Muslimah,dengan tudung labuh saudari hati saya meruntun agar mendekati saudari dan mengenali saudari dengan lebih dekat lagi. Moga saudari dapat menerima saya.
Jejaka Yang Sentiasa Menanti Mu.

Seketika Khairien sendiri. Dikoyaknya surat itu dan dia lemparkan ke dalam tong sampah. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik kuliah.
" Wei...wei...dia dah masuk, dia dah masuk", kata-kata yang keluar dari mulut siswa sekelas Khairien. Khairien berpaling ke arah mereka. Mereka semua tersenyum memandangku. "Ya Allah, apa pulak yang akan berlaku nanti?" bisik hati kecil Khairien dan mengambil tempat duduknya agak jauh daripada siswa-siswa itu.

Khairien menumpukan sepenuh perhatiannya ketika pensyarahnya menerangkan topik-topik penting di dalam kelas.

" Untuk tajuk ini kamu semua kena siapkan satu assigment bagi memenuhi lagi 40% markah. Bahagi dalam kumpulan. Satu kumpulan sekurangnya-kurannya empat orang". Kata Dr. Rashidi.

" Dr., tak pe, pasal kumpulan saya rasa biar saya tetapkan, nanti saya berikan senarai nama tu pada Dr. Saya rasa itu lebih senang", sampuk Syarkawi selaku ketua kelas kami. Masing-masing setuju dengan pendapat Syarkawi. Aku mengikut sahaja dengan pendapat mereka.
Tidak pernah kuduga, cadangan Syakawi itu ada rahsia di sebaliknya. Rahsia yang telah dirancang oleh mereka. Aku sama sekali tidak setuju dengan pemilihan Syarkawi dalam pembahagian kumpulan untuk tugasan assigment yang diberikan oleh Dr. Rashidi.

" Saya tak setuju kalau pembahagian kumpulan macam ni. Kenapa dalam group saya, saya sorang je perempuan? Macam mana saya nak buat kerja macam ni", protesku kepada Syarkawi. Syakawi tidak menjawab. Dia berlalu begitu sahaja. Akhirnya Khairien bertemu dengan Dr. Rashidi untuk memberitahu semua itu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Dr. Rashidi tetap bersetuju dengan pembahagian yang telah dibuat oleh Syarkawi tadi. Aku seperi mahu mennagis mendengar kata-kata Dr. Rashidi. Ya Allah...mereka tidak memahami keadaan diriku.

Hari ini hari pertama group Khairien akan bertemu untuk membincangkan tugasan mereka. Hatinya berdebar-debar. Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku ini. Kau lindungilah aku Ya Allah. Khairien tidak putus-putus berzikir dan berdoa. Hampir setengah jam dia menunggu mereka di perpustakaan. Batang hidung mereka masih tak kunjung tiba. Khairien semakin risau.

" Mereka ni nak mempermainkan aku ke?" bentak hati kecil Khairien.
Tidak lama kemudian,

" Assalamualaikum...",
" Waalaikumusslam...", balas Khairien dan terus berpaling ke belakang.
Hanya seorang sahaja daripada mereka yang datang. Arif memandangku tak putus-putus. Aku pelik melihatnya. Mana yang lain? Soalan itu yang mahu kutanya, tapi lidahku kelu. Aku menjadi semakin rimas dan tidak selesa dengan pandangan Arif.

" Mereka yang lain tak dapat datang. Rasanya kita berdua dululah yang bincang tajuk assigment tu", kata Arif sambil tersenyum-senyum memandangku.

Ah...tidak mungkin hanya kami berdua sahaja. Sesungguhnya apabila seorang perempuan dan seorang lelaki bertemu nescaya yang ketiganya adalah syaitan. Tidak sama sekali. Aku bukan seperti itu.
" Minta maaf ye Arif. Saya rasa kita kena bincang dengan semua ahli group kita. Saya rasa tak elok kita berdua saja yang bincang dulu. Nanti mereka tak tahu apa-apa pula", kataku ingin mengelak.
" Tak pe, nanti saya beritahu mereka apa yang perlu mereka lakukan", balas Arif sungguh-sungguh.
" Saya rasa tak patut macam tu. Lebih baik awak dan mereka bincang betul-betul bila masa yang sesuai untuk kita semua jumpa. Saya tak nak kita buang masa. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan", kataku tegas tanpa memandang sedikitpun wajah Arif. Arif terdiam.
" Saya rasa kita tak perlu bincang apa-apa lagi hari ni. Saya balik dulu", kataku dan terus melangkah pergi.

" Rien,nanti dulu", balas Arif lalu menarik tanganku. Aku menepis dengan kuat. Apa ni!!!? Berani Arif menarik tanganku di hadapan siswa-siswi lain. Aku ketika itu seperti mahu menamparnya.

" Apa awak ni? Pegang tangan saya sesuka hati", marah Khairien lalu berjalan pantas meninggalkan Arif terkulat-kulat di situ. Arif cuba mengejarnya dan menghalang perjalanannya.

" Awak ni apa pada saya? Tepilah...saya nak balik. Awak ni tak faham-faham ke", marah Khairien lagi.

" Khairien...boleh tak awak beri ruang untuk Erie seketika. Jangan sombong sangat. Boleh tak faham keadaan dan perasaan hati Erie terhadap awak selama ni.. Kenapa awak tak pernah faham hati dan perasan Erie. Sampai hati awak buang surat dan bunga yang Erie berikan", luah Arif dengan penuh perasaan.

Hmmm..bahasakan dirinya dengan nama manja lagi...Ya Allah...jagalah hatiku Ya Allah..Didiklah hatiku agar tidak tersasar kepada cinta yang bukan sepatutnya.
" Arif, maaf. Saya tak faham apa yang awak maksudkan." balasku.
" Khairien, Erie sukakan awak, tapi awak tak pernah beri Erie peluang. Awak tak pernah fahami perasaan Erie. Dari awal lagi Erie dah suka awak dan penampilan awak menjadikan Erie begitu tertarik untuk mendekati Rien.. Please, fahamilah Erie. Maafkan Erie juga atas kejadian di padang tempoh hari.. Erie tak sengaja buat Rien macam tu. Erie tahu Rien nak tarbiyah Erie tapi... ", kata Arif sambil menundukkan wajahnya ke lantai.

Ya Allah... apa semua ini? Aku terkejut, terkejut dengan kata-kata Arif.
" Arif...kita ke sini nak belajar, kita baru je dua bulan lebih di sini. Tak payahlah nak fikir-fikir benda tu lagi. Saya rasa kita tumpukan dulu pelajaran kita. Boleh ye?", nasihat Khairien.

" Itu Erie tahu, tapi Erie dah sukakan awak sangat. Tolonglah fahami Erie, Khairien. Erie dah tak tau nak buat apa lagi. Semua pemberian Erie, Khairien tolak dan tak terima.. macam-macam Erie buat untuk tambat Kahirien di kolej, sempena hari lahir Khairien pun Khairien tak hargai.. Apa yang Erie nak buat lagi untuk tambat hati Khairien...", rayu Arif.

Ya Allah! Kuatkan hatiku Ya Allah. Jangan kau luluhkan hatiku dengan kata-kata Arif ini Ya Allah! Jagalah hatiku Ya Allah. Ku mohon Kau menjaga hatiku ini tatkala bersama lelaki yang bukan mahram dengan ku..

" Macam nilah Arif. Saya rasa awak balik dulu. Banyakkan doa kepada Allah. Minta petunjuk daripada-Nya. Saya minta awak buatlah istikharah dahulu. Sesungguhnya petunjuk dari Allah amat bermakna. Jika petunjuk dari-Nya adalah saya, saya terima ketentuanp-Nya. Suka dan cinta tu tak salah, tapi kita kena sesuaikan dengan syariat, batasan iman yang kita ada. Maaf ye Arif, saya minta diri dulu", pintaku lalu berlalu pergi.
Kata-kataku itu membuatkan ada garis-garis kecewa dan patah hati di wajah Arif.

Malam ini aku sibuk mentelaah tajuk-tajuk yang bakal dipelajari esok hari. Room mate masih lagi belum pulang. Aku memandang bintang-bintang di langit yang berkelip-kelipan melalui jendela bilikku. Begitu indah sekali kebesaran dan ciptaan Allah. Aku memandang susuk tubuhku sendiri. Sesungguhnya kekuasaan dan kasih sayang Allah itu tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Tiba-tiba...
" Assalamualaikum..."
" Waalaikumusslam...", jawab Khairien dan terkejut seketika. Suara yang pernah didengarinya sebelum ini. Arif!! Apa yang dia mahu lagi? Ya Allah!! Khairien hanya diam.

" Khairien...Awak sihat?", tanya Arif dengan nada yang agak terketar-ketar.
" Sihat... Kenapa ye? Oh ya, macam mana dengan kawan-kawan yang lain, bila boleh kita jumpa untuk bincang tajuk assigment kita tu?" balas Khairien sambil menggaru kepalanya.

" Rien...boleh saya cakap sesuatu dengan awak", kata Arif lagi.

" Saya rasa kalau perkara itu penting dan perlu dikatakan sekarang silakan. Jika tidak penting, tak perlulah cakap sekarang. Saya ada kerja sekarang, maaf ye", balas Khairien dengan penuh ketegasan.

" Saya harap awak dapat menerima saya".

" Saya tidak pernah menolak seseorang tu dalam hidup saya, apatah lagi mereka itu saudara saya sesama Islam. Saya harap awak faham dengan kata-kata saya ni. Assalamualaikum...", jawabku lalu menutup telefon.
Esoknya aku ke kuliah seperti biasa. Semua siswa sekelasku memandangku dengan pandangan yang penuh kebencian. Aku tidak menghiraukan mereka. Aku terus masuk ke kelas dan duduk di tempatku seperti biasa.

" Rien...boleh aku bercakap dengan kau sikit", kata Manisa dan menghampiriku. Wajahnya masam sahaja. Entah apa yang berlaku kepadanya.

" Ada apa Nisa. Cakaplah". Balasku sambil menyelak helaian demi helaian buku di atas meja.

" Kau ni perempuan jenis apa Rien? Sombong semacam je. Dah orang nak kat kita, terima sajalah. Jangan nak memilih. Sombong sangat kau ni. Jangan sampai satu hari semua lelaki benci kepada kau. Last2 kau nanti tak de jodoh. Baru kau tau langit tinggi ke rendah," marah Manisa.
Aku tergamam. Hatiku beristighfar tidak putus-putus mendengar kata- kata Manisa itu. Apa salahku sehingga Manisa sanggup melontarkan kata-kata itu kepadaku. Perempuan apa aku katanya. Sedih mendengar kata-kata itu. Mereka tidak pernah faham Ya Allah, mereka tidak pernah mengerti apa yang ada dalam benak hatiku ini. Khairien menarik nafas panjang.

" Apa ni Manisa? Aku tak faham", kataku seolah-olah tidak tahu

" Yelah, Arif tu kan mati-mati cintakan kau, berusaha untuk menawan hati kau, kau buat tak layan je pada dia. Kau tahu tak, dia tak makan dan sekarang ni dia tak sihat kerana kau, hidupnya pun dah tak terurus kerana kesombongan kau tu", marah Manisa sambil menunding jari ke arahku. Matanya terbeliak seolah-olah seperti harimau mahu menerkam mangsanya.
" Nisa,Nisa...Cinta tu hanya pada Allah. Aku tak salahkan Arif untuk semua tu, tapi dia kena faham, cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin dan cinta kepada yang bukan mahram berdosa namanya. Aku sudah jelaskan pada dia, aku terima dia sebagai saudara sesama Islam, sebagai sahabat dan kawan. Tidak lebih daripada itu. Aku takut hatiku ini dalam ketidak redhaan Allah,dalam kemarahan Allah Nisa. Aku tak nak hatiku dicemari oleh cinta yang bukan pada landasan syarak, Nisa. Aku takut hatiku akan kotor dan aku nak serahkan cintaku ini kepada seorang yang sah bergelar suami kepada ku kelak, Nisa. Nisa, nafsu manusia yang tidak dikawal akan mudah dirasuk oleh syaitan. Aku harap kau faham", jelas Khairien penuh kelembutan.

Manisa memandang sayu kepadaku. Pandangannya menampakkan dia jelas dengan kata-kataku itu. Aku memegang bahunya.

" Nisa, cinta itu anugerah dari Allah dan perlu dijaga dengan baik bukan diberikan kepada yang tidak selayaknya. Cinta itu kita perlu pupuk dalam diri dan hati kita, tapi bukan untuk memuaskan nafsu, tapi cinta kita berlandaskan iman kepada Allah. Itu sudah pasti dapat mengawal kita dan menjadikan kita sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa mengawal setiap gerak geri diri dan hati kita. Cinta perlu diberi kepada yang hak dan aku sedang menjaga hatiku untuk diserahkan cinta ini kepada yang selayaknya dan yang hak, Nisa. Aku tak nak cinta itu hanya menjadi mainan sahaja. Amat besar maksud cinta bagi yang mengerti dan memahaminya. Aku terima dirinya jika Allah telah takdirkan dialah jodohku kelak dan di saat itu cinta akan kuberikan kepadanya", kataku lagi. Manisa hanya mengangguk.

Ya Allah... kurniakanlah kepadaku orang yang sentiasa mencintai-Mu,mencintai Rasul-Mu, sentiasa mendekatkan diri kepada-Mu untuk terus mencintai-Mu dan datangkanlah insan yang kelak mencintai diriku kerana dia mencintai-Mu dalam mengharapkan redha-Mu Ya Allah...