Showing posts with label cueraheartiku. Show all posts
Showing posts with label cueraheartiku. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Remuknya Sekeping Hati



Hati manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.

Hati, yang dahulunya telah remuk dan hancur kini tidak mungkin boleh disambung kembali. Hati yang seing disakiti dan dikhianati terus menjadi hambar dan tawar setawarnya air dan sepahitnya hempedu. Kerap kali dilukai dan terus dicalari menyebabkan hati ini tidak menjadi kuat dan setabah hati yang dulu.
Ingin kumiliki sekeping hati yang baharu bagi melegakan keperitan hidup dan kekecewaan diri andai diberikan sekali lagi peluang. Namun, adakah ianya dapat diperoleh kembali setelah hati ini yang milik Allah tidak mungkin dapat diganti kembali melainkan dengan sebuah kematian yang pasti?

Berkali-kali ia dihancurkan dalam perhubungan dan persahabatan menyebabakan hati yang koyak, remuk dan hancur itu sukar disambung kembali. Apabila marah merajai hati, tentunya kata-kata kesat sering dilempari dinista dan di maki untuk mereka di sekeliling tanpa rasa dipeduli apakah perasaannnya yang sebenar

Tuesday, May 31, 2016

MEMORI BERKASIH

Buat seseorang yang pernah hati ini menjadi miliknya satu masa dahulu.. maafkan diri ini kerana telah membuat dirimu nanar dan akhirnya hilang entah di mana..


TERAKHIR






Pernah satu ketika dahulu diri ini mempunyai seorang kakak yang sangat disayangi. Pada masa itu diri ini berada di tingkatan 1 dan diriku ini merasakan bahawa insan itulah yang akan menjadi kakaknya yang dia harapkan sangat-sangat. Namun, hati ini amat keliru dengan perasaannya sendiri waktu itu. Sikapnya yang sering mendiamkan diri apabila terserempak dengan diriku, yang banyak menyepikan diri apabila bertembung dengan diri ku  dan banyak melarikan dirinya dari terserempak denganku menyebabkan diri ini berasakan bahawa diri ini tidak diperlukan dalam hidup insan itu. aku berasakan diriku ini begitu hina dan tidak layak untuk menjadi adiknya di kala itu.





Dalam pada itu, ada lagi kakak yang lain turut sama mengambil berat tentang diriku ini menyebabkan aku berasakan bahawa aku memang benar-benar tidak diperlukan dalam hidup insan itu. Ini kerana kakak itulah kakak yang pertama hadir dalam hidup seorang insan yang baharu mengenali alam asrama dan tiada siapa yang dikenalinya melainkan insan yang bergelar kakak itu sahaja yang dikenalinya pada masa itu.





Walaupun aku tidak diendahkan sebagai seorang adik pada masa itu, namun kucuba tarik perhatiannya juga namun tidak berjaya. Masa demi masa berlalu. Hari demi hari berlalu meninggalkanku. Akhirnya aku cuba pujuk hati ini agar cuba melupakannya dan kucuba pujuk hati ini agar menolaknya, namun ternyata aku tidak berjaya lakukannya kerana aku terlalu sayangkannya sebagai seorang kakak dan pernah aku berharap agar aku benar-benar menjadi sebahagian daripada keluarganya satu hari nanti. Apabila aku melihat dia gembira bersama insan-insan disekelilingnya, aku akui cemburu merantai hati ini, namun apakan daya aku tidak dipandang olehnya walau sebelah mata.





Pernah aku ingin dipindahkan dari sekolah itu ke sekolah lain tetapi aku memberontak dan menolak cadangan ibu bapaku kerana aku tidak mahu berpindah dari sekolah ini. Ini kerana hati ini tidak mahu berpisah dengan kakak yang aku sangat sayang ini walaupun dia tidak pernah memberikan reaksi dan respon kepadaku dan langsung tidak mengendahkanku. Aku menjadi takut dan kecewa setelah dirimu meninggalkan tanpa sepatah kata walhal aku sanggup meneruskan persekolahan di sekolah itu tanpa berpindah sama-mata tidak mahu berjauhan denganmu.  Namun, akhirnya aku juga yang kau tinggalkan tanpa sepatah kata. Aku rasakan bahawa pengorbananku adalah sia-sia kerana dirimu langsung seakan tidak mengendahkan kewujudanku. Saat kau tinggalku kak, aku seakan hilang semangat untuk belajar di sekolah ini. 


Aku seperti yang terhegeh-hegeh dalam hal ini dan bagaikan bertepuk sebelah tangan sahaja. Walaupun begitu aku tetap menyayanginya walau dia tidak ada perasaan sayang sedikit pun denganku. Pernah aku berdoa agar Allah menitipkan rasa kasih, sayang dan cintanya dalam hatinya kepadaku sampai bila-bila dan memegang hatinya serta menjaga hatinya kerana Allah. Aku terlalu sayangkannya sampai aku mengemis kepada Allah meminta Allah menyentuh hatinya dengan menyuntik sedikit perasaan sayang itu kepadaku dalam hatinya. Begitu sekali aku mengemis dalam kehidupan yang tak pasti ini demi mengemis cinta, kasih sayang dari sang makhluk.





Aku akui aku tidak boleh lupakannya dan aku masih ingatinya hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu. Duhai kakak...sebenarnya diri ini amat menyayangimu sangat-sangat tetapi aku tidak tahu bagaimana haru ku luahkan kerana aku sendiri takut penerimaan dirimu terhadap diri ini. Aku sentiasa berdoa agar Allah menjaga dirimu dan hatimu, kak walau di mana dirimu berada. Saat ini sebenarnya aku telah berjumpa kembali kakak yang aku terlalu sayang ini melalui fb sahaja pd hari lahir aku yang lalu tetapi masih tiada balasan darinya mesej yang telah kuhantar. Mungkinkah dia sudah lupakan diriku atau sudah tidak pandang lagi diriku atau diriku ini telah dibuang dari kotak ingatannya. Aku reda jika itu ketentuan untukku andai akak telah melupakanku buat selamanya kerana aku yang bersalah selama ini. Akak, di sini ingin kukatakan bahawa:



"Dirimu adalah kakak yang amat kusayangi dan akak yang amat ku kasihi. Hingga kini walau telah 23 tahun perkara ini berlalu, adikmu tetap mencarimu dan mengingatimu dan sentiasa mendoakanmu, kak. Percayalah kak, akaklah akak yang pertama dalam hidupku saat ku melangkahkan kaki ke asrama yang di sana banyak mengajar kehidupan. Kakak, daku begitu rindukanmu kak dan terlalu sayangkanmu. Selama ini aku berdoa agar Allah sentiasa menjaga hatimu dan agar Allah sentiasa menjaga hati kita bersama. Aku juga berdoa agar kita dapat bertemu kembali kak walau dalam keadaan berbeza. Kak, diri ini merayu sangat-sangat kepadamu, agar menerima aku sebagai adikmu kak. Aku rindukan mu kak."



Lagu ini kutujukan buatmu akak yang amat kusayang..... Kuharapkan agar ini adalah YANG TERAKHIR BUATKU sebelum ku dijemput pulang.




Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x


Melepaskanmu bukan mudah bagiku 

Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mngusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mngenangkan mu

 

Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku2x

 
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini


Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini


Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

DI MANA HATIMU

 Satu Nukilan Abadi


Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..

bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..

mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..

Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan

dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..

nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati..






Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

[korus]
Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku

Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggal


Saturday, March 16, 2013

kutahan semuanya...ku pendam sebuah duka

sebulan lebih rupanya aku tak tengok blog aku...rindu rasanya...tak pe lah..aku catatkan walau sedikit ayat jadilah....

sekarang ni  aku dah sambung master...alhamdulillah...aku bersyukur kepada Allah.. Aku harapakan agar Allah permudahkan segala urusan ku dalam urusan menuntut ilmu ini...

Kini aku di UKM sedang membuat assigment sambil2 membuka dan menjenguk blog aku yg dah lama aku x  jenguk ni...rindu pulak rasanya... Aku sedih.... ye la apabila orang yang aku percayai, orang yang aku sayang ckp aku macam tu... kalau aku x tahu blog dia pun still orang lain boleh bacanya juga....sabarla hati..

Ku pujuk hatiku sendiri.... Ku tenteram kan hati ini....

Hati..janganlah kau sedih ye...^_^

Tuesday, February 5, 2013

Tabahkan hatiku dan jiwa ini


 Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk baik daripada-Mu. Dengan ilmu-Mu aku meminta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dan memohon daripada-Mu dari segala kelebihan-Mu yang banyak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkau Yang maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu baik untukku, agamaku, duniaku dan kesudahan urusan masa kini dan masa akan datang, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah kepadaku. Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa perkara itu tidak baik untukku untuk agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang, maka elakkanlah dariku dan elakkanlah diriku daripadanya. Ya Allah, tentukanlah kebaikan dan keselamatan atas jagaan dan peliharaan-Mu untukku walau di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa di atas sesuatu perkara. Ya Allah sesungguhnya aku hanya mohonkan yang terbaik untukku dari-Mu dan jagailah daku, peliharalah daku dan sayangilah daku dengan pandangan Rahmat-Mu....

Monday, February 4, 2013

hatiku ingin menjerit

bertemu lagi aku pada blog ini..telah sekian lamanya aku tak jenguk blog ni..
rindu pulak rasanya....ni ada kesempatan sikit aku coretkan sesuatu luahan hatiku...
hatiku bersuara lagi setelah sekian lama aku menyepinkan diri...

erm.....baru2 ni mak aku call...nangis2 sebab aku x hubungi seseorang dan tak balik jumpa seseorang tu...aduh...aku tak tau nak kata apa...klu aku keluar Islam atau akidah aku lari tak pe la nak nangis2...
mereka ni terlalu taksub ngan seseorang...walaupun dia alim dan ulama sekalipun..Islam tak benarkan kita terlampau taksub kepada orang tu sebab nanti akidah kita lari dari Allah..
Masya Allah...aku pohonkan agar hati aku kuat hadapi kemelut ujian hidup yang aku hadapi ini..

aku mohonkan agar Allah tetap bersama-sama ku dalam segala aspek kehidupan..aku mohonkan agar Allah dan rasul-Nya sentiasa bersama aku...selamat ..asyik2 perkataan itu yg muncul dalam kamus bibir mereka...sesiapa yg tak dalam kelompok mereka tak selamat..????

Ya ALLAH!!!! Kuatkan hatiku ..Kuatkan akidah ku kepada -Mu Allah...

Janganlah terlalu taksub kepada seseorang walaupun kita tahu dia adalah golongan alim kerana akan merosakkan akidah dan blh membatalkan iman kita...terlalu taksub hinggakan segala perbuatannya kita jadikan contoh dan ikutan dalam hidup kita...yang mana ada antaranya bukanlah perbuatan sunnah Rasul sendiri..terlalu taksub dengan kata2nya dan segala mimpi2nya...adalah menjadi satu kesalahan jika terlalu bergantung kepada orang yang kita taksub hinggakan merasakan diri tak akan selamat jika tidak berhubung dengan orang2 tersebut dan tidak akan selamat jika tidak ikut jalannya... ada sesiapa yg boleh berkongsi info tak tentang perkara ni sama ada pengalaman dirinya atau sebagainya...??

Wednesday, February 15, 2012

hatiku rindu pada tanah suci..

ini yang sempat aku coretkan sebelum aku meninggalkan tanah air untuk ke tanah suci..mudah2an amalku diterima Allah nanti...
Ya Allah..permudahkanlah urusan ku di sana dan permudahkanlah urusan ku untuk beribadat dan menunaikan umrah di sana nanti..izinkanlah aku untuk menziarahi maqam kekasih Mu dan para sahabat baginda..Aku tak tahu apa perasaan ku pada kali ini. sayu, sedih, sebak melanda hati ini.
Aku bersyukur Ya Allah kerana Kau perkenankan juga hajatku ini....
Selamatkanlah perjalananku dan rombonganku Ya Allah......
Hiba sangat sebab inilah impian ku sejak sekian lamanya. Apabila diberitahu permohonanku untuk menunaikan umrah telah diluluskan, menitis air mata ni bersyukur kepada ya Rabb.. dan bila aku dah bayar dan dah daftar melalui pakej De Mawardah, hatiku bertambah sebak dan bagikan mimpi apabila syarikat tarvel itu memberitahuku bahawa urusan visa dan lain-lain telah diselesaikan dan lulus alhamdulillah.
Tak terkata apa hati ini hanya menitipkan rasa syukur kepada Mu..
Hati bertambah berdebar2 apabila tarikh keberangkatanku semakin hampir.
Aku akan pergi meninggalkan bumi malaysia pada 19hb Februari ini..Ya Allah aku pohonkan agar Kau terimalah segala amalanku ini dan redhailah hamba-Mu ini..
Aku bagaikan takut seperti mahu berhadapan dengan Mu Ya Allah..........
Mudah2an hati ini terus kuat dan cekal...Ketenangan dan kebahagiaan serta kebenaran yang kucari mudah2n akan kudapatnya di sana.......Amin......

Monday, January 23, 2012

MEngapa Aku Yang Kau Pilih...


Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?
Mengapa aku?
... Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!

Sunday, January 22, 2012

Rinduku pada mu Madinah

Rinduku semakin meluap-luap kepada Tanah Suci MAkkah dan Madinah..
Ya Allah akhirnya Kau tunaikan hajatku utnuk ke rumah-Mu dan ke Tanah Suci Madinah..Ya Allah, aku bersyukur yang amat sangat...Akhirnya Kau izinkan aku utnuk ke sana.

Namun, hati ini menjadi gerun dengan sgala dosaku yang pernah aku lakukan. Adakah Kau telah menerima taubatku Ya Allah..

Ampunilah daku YA Allah..Andai kematian menjemput ku kelak..Biarlah aku meninggal dalam keadaan KAu redhai ku dan golongkan lah aku dalam kalangan orang-orang yang Kau redhai, dan kau kasihi Ya Allah.. Golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman..Aku ingin sekali menemui Rasul-Mu dan matikanlah aku dalam keadaan akidah ku kukuh tersimpul dengan-Mu...

Biarkanlah aku tersu bergantung dan berpegang teguh dengan tali-Mu Ya Allah..Biarkanlah aku terus bergantung harap dan bertawakkal sepenuhnya kepada-Mu bukan kepada manusia lainnya.

Walau siapa pun dia, aku hanya ada Kau sahaja Allah...........

Madinah & Makkah..Aku Rindu PadaMu..

Ya Allah..
Janganlah Kau palingkan hati ini
Setelah Kau berikan hidayah-Mu pada diriku ini
Ya Rahman, Ya rahim, Ya Aliy..
Aku bertaubat pada-Mu Ya Allah....
Terimalah segala taubatku dan amalanku Ya Tuhan..
Izinkanlah daku
Berada dalam kalangan mereka
Yang Kau berikan nikmat dan buka pula
mereka yang Kau murkai
serta mereka yang Kau sesatkan...

Ya Allah....
Berikanlah kepada ku kekuatan pada hamba-Mu ini..
Dalam menempuh dugaan hidup dan ujian hidup...
Ya Rahman...Ya Rahim..
Terimalah segala amal ibadatku...
Sesungguhnya aku abadikan hati ini untuk menagih cinta-Mu
Ya Malik...Ya Qudus..
Ibadatku, solatku, hidupku dan matiku..
Hanyalah untuk-Mu...

Ya Allah...
Usah Kau biarkan kilauan dunia ini
Menghalangi kami untuk terus memasuki syurga-Mu
Usahlah Kau biarkan keperitan dunia ini
Menghentikan langkahan dan ayunan kami menuju firdaus-Mu

Ya Allah.......
Teguhkanlah hati kamu ini
Kukuhkanlah komitmen hati kami ini
Cukuplah hanya Engkau tempat kami bergantung
Martabatkanlah Ya Rahman hati kami
Yang fakir dan miskin ini
Menuju jalan abadi

Ya Qudus....
Redhailah kami dalam mengharungi arus dunia ini
Rahmatilah kami dalam menongkah kemleut kemewahan ini
Dan ampunilah kami Ya Allah...

Amin.....
Ya Rabbal Alamin........

Thursday, January 12, 2012

Hatiku Hiba Lagi

Dulu pernah kusuarakan hasratku untuk menunaikan umrah..tetapi dibantah keras...kini apabila aku ingin menunaikan umrah sekali lagi hajatku ditentang juga...siapakah mereka untuk menghalang aku??Tuhankah mereka???Salahkah aku nak tunaikan umrah....

Jiwa aku semakin tertekan dan semakin terjerat berada dalam famili seperti ini.... Aku jadi benci pada mereka.. Apa sahaja yang aku nak buat ada sahaja buruk pada pandangan mereka... Aku dikatakan degil dan lain-lain... Mereka boleh buat apa yang mereka kehendaki tapi part aku..mereka screw aku dan kongkong aku terutama kakak aku.
Aku jadi menyampah dan bosan serta meluat.... Benci ngn situasi ini... Andai jalan mereka yang diredhai Allah dan Rasul-Nya, kekalkan aku bersama mereka. Namun jika jalan mereka tidak berada dalam redha Allah dan rasul-Nya, Kau pisahkanlah aku dari mereka dengan cara yang baik Ya Allah..Aku tak nak akidah aku jadi rosak, Ya Allah... Tolonglah aku kali ini....
"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan  menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah  yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Kubulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku  dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami,  kerana Allah.Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku  panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri  setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya. 

Friday, November 11, 2011

Semalam Yang Berlalu



Permataku

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

C/O:
Angin...Kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...Tenang selalu...
Bayu...Sampaikan berita...
Daku kini ceria...Aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...Kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

C/O:

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


 

****************************************************

 

 

 

 

Andaiku Pergi


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunan-Nya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera di sisi-Nya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayah-Mu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada-Mu

Takdir Penentu Segalanya..

Takdir Penentu


Dikau ...Membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru

C/O:
Janjimu kepadaku
Sentiasa di sisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu


Namun...kanku teruskan hidup ini
Kanku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti

C/O:
Sukar untuk kutemui lagi
Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus
Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu }4X

Rindukan Teman Yang Dulu

Teman,
Semoga kita tetap di atas landasan yang benar...

"Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami untuk terima dan mengamalkan ajaran-Mu.Janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami."


Seorang sahabat seperti manusia perlunya makan.Memberi tenaga pada tubuh untuk menggerakkan sendi dan bergerak melakukan sesuatu kerja. Seorang kawan amat perlu untuk menceriakan kehidupan. Kawan memberi kita kegembiraan, membantu ketika dalam kedukacitaan. Namun,tidak semua kawan yang boleh digelar “sahabat”.Ada juga kawan yang hadir hanya merumitkan perjalanan kehidupan.

Aku suka bersahabat. Adanya sahabatlah yang membantu aku untuk terus gagah berjalan di bumi Tuhan. Ada sahabat yang baik, cuba mentarbiah diri untuk terus mengenal Tuhan dan mengajak melakukukan amalan dan mendekatkan diri aku dengan Allah.Kawan yang bergelar sahabat selalu membimbing aku ketika lemah dengan ujian Tuhan, menasihati dan menunjukkan jalan ke arah kebaikan.

Thursday, November 10, 2011

10 November....

Hari ni 10 November 2011...
Hari ni sebenarnya birthday kakak angkat aku
Yang paling aku sayang
Dialah Sis Norlita Khamis..
Birthday yang ke....???

Dulu akk dapat sambung belajar..
Akk dapat p Jordan..
Akk x bagitau aku..
Alih2 aku dapat poskad dan call dari famili dia
Akk dh tinggal aku jauh...

Wednesday, November 9, 2011

Macam Mana Aku...???

Senyum aku hari ni sbb aku bersyukur
Ceria aku hari ini kerana aku bersyukur
Gembira aku hari ni sbb aku juga bersyukur

Cuba aku bayangkan saat-saat aku akan diambil oleh Allah
Kembali ke Rahmatullah...
Sudah sediakah aku???
Jika aku selalu boleh bersedia dengan peperiksaan
Dengan audit..penilaian..
Tetapi sudahkah aku bersedia dengan panggilan Ilahi
Yang entah bila2 sahaja

Ya Allah...
Gerunnya aku...
Menitis air mata aku....
Ya Allah..
Kau tempatkanlah aku dalam kalangan orang yang Kau kasihi..
Dalam golongan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu
Dalam kalangan orang yang Kau redhai
Dalam kalangan kekasih-Mu...
Amin.....

Monday, October 31, 2011

Aku juga ada hati.. Hati ini milik-Nya

Ya Allah... Kau jagailah hatiku... Kau peliharalah hati ini dari dicemari sebarang dosa dan maksiat hati.... Sesunguhnya hatiku ini amat keras dan susahnya untuk dijaga dan dipelihara dari sebarang kekotoran, rasa-rasa hati dan prasangka-prasangka...

Sesungguhnya hatiku ini adalah milik-Mu... Aku tidak mahu cemari ia dengan noda dan dosa..dengan perasaan hati dan prasangka yang boleh menjerumuskan aku ke lembah maksiat dan neraka... Tuhanku, Kau bantulah daku... Bimbinglah daku dengan bimbingan-Mu.. Peringatkanlah aku dengan peringatan-Mu... Perdengarkanlah daku dengan ayat-ayat cinta-Mu..... Peliharalah hatiku dari segala kemaksiatan dan dosa ya Allah... Sesungguhnya Kau sahaja yang amat mengenali hatiku ini berbanding manusia lain...Kau sahaja yang memahami jiwa dan diriku berbanding yang lain..
Terima kasih Tuhanku...

Monday, October 24, 2011

Dia Tercipta Bukan Untukku

CINTA fitrah semula jadi manusia kerana Allah memberi fitrah kepada manusia untuk mencintai keindahan sehingga kita mudah kagum dengan keindahan dan kecantikan yang nampak pada zahir. Allah juga memberi fitrah itu kepada manusia kerana manusia cenderung dengan sifat lemah dan tak berdaya. Oleh sebab itu, manusia akan mencari seseorang yang dapat memberikan kekuatan, keperkasaan dan kegagahan. Ya, semua orang pasti berpotensi untuk jatuh CINTA kepada manusia yang berlainan jantina dengannya.

Seseorang yang kelihatan pendiam, tidak banyak bercakap dan tergolong dalam kategori 'senyap' tiba-tiba sahaja boleh meluahkan perasaan hatinya dengan mengatakan sudah tertarik kepada insan yang berlawanan jenis itu.