Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Remuknya Sekeping Hati



Hati manusia sering tidak terduga. Hati manusia kita tidak boleh baca dan salami seperti mana kita menyelami dan merasai sebuah makanan. Kadang hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang berlaku. Mahu kutangiskan segala yang berlaku tidak pasti ianya berulang kembali dalam sebuah kehidupan ini. Aku cuba meneruskan kehidupan ini walau hakikat yang kutelan dan kuterima dalam hidup ini tidaklah seindah warna pelangi mahupun semanis gula-gula yang dimamah di mulut. Mulut dan hati sering berhubung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang mana ianya kadang tidak menjanjikan apa yang diharapkan dan diperkatakakan itu benar belaka.

Hati, yang dahulunya telah remuk dan hancur kini tidak mungkin boleh disambung kembali. Hati yang seing disakiti dan dikhianati terus menjadi hambar dan tawar setawarnya air dan sepahitnya hempedu. Kerap kali dilukai dan terus dicalari menyebabkan hati ini tidak menjadi kuat dan setabah hati yang dulu.
Ingin kumiliki sekeping hati yang baharu bagi melegakan keperitan hidup dan kekecewaan diri andai diberikan sekali lagi peluang. Namun, adakah ianya dapat diperoleh kembali setelah hati ini yang milik Allah tidak mungkin dapat diganti kembali melainkan dengan sebuah kematian yang pasti?

Berkali-kali ia dihancurkan dalam perhubungan dan persahabatan menyebabakan hati yang koyak, remuk dan hancur itu sukar disambung kembali. Apabila marah merajai hati, tentunya kata-kata kesat sering dilempari dinista dan di maki untuk mereka di sekeliling tanpa rasa dipeduli apakah perasaannnya yang sebenar

Tuesday, May 31, 2016

MEMORI BERKASIH

Buat seseorang yang pernah hati ini menjadi miliknya satu masa dahulu.. maafkan diri ini kerana telah membuat dirimu nanar dan akhirnya hilang entah di mana..


DI MANA HATIMU

 Satu Nukilan Abadi


Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..

bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..

mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..

Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan

dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..

nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati..






Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
Setelah kau jauh tinggalkan aku
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

*Tiada ku sangka engkau berubah
Ku tak percaya kau membagi cinta
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau membagi cinta karna dia

[korus]
Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu
Kasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku

Sekian lama aku menunggu
Kasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
Tak pernah aku rela kau tinggal


Wednesday, June 18, 2014

Masanya Telah Tiba

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah..
Hebatkan Allah? Semua ada hikmah..

Ujian hati....tiba lagi pada kali ini...
Masya Allah...
Ya Allah..kuatkanlah datiku ini ya Allah....




segalanya pasti ada hikmah

Rupa-rupanya dah setahun tidak menjengah ke blog yang aku sayang ni.... rasanya dah penuh sawang-sawang dah ni...Di sini ingin aku kongsikan sebuah kisah yang pernah berlaku kepada diriku ini.. Kisahnya macam ni... Opppssss..sebelum tu, seringkali kan kita dengar ayat macam ni kalau kita ditimpa kesusahan atau ditimpa musibah? "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.” Ayat ini sering diucapkan oleh seseorg kepada seseorang yang biasanya di landa musibah. Tidak kira sama ada ditimpa bencana, kemalangan, kekecewaan, kematian dan sebagainya.

Ayat ni pun biasanya dilontarkan dengan tujuan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa musibah tersebut sama ada ikhlas atau tidak atau sekadar untuk menyedapkan hati, hanya si penutur sahaja yang tahu kan???.



Sejauh mana  kata-kata "'Ada hikmah di sebalik kejadian” ini akan difahami oleh penutur dan sejauh mana pula orang yang ditimpa kesusahan itu dapat menerimanya kan?? 
Apabila aku meneliti perkara-perkara yang pernah berlaku kepada diriku sejak saya kecil hingga kini, semuanya tentu ada hubung kait. Apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita telah direncanakan oleh Allah. Selalu sangat jika kecewa atau sedih kita tentu akan menyalahkan Allah kenapa buat begitu, kenapalah aku diuji begini, kenapalah aku diberikan begini...kenapa kita tidak fikirkan apa yang telah Allah beri banyak sangat kepada kita tetapi kita tidak pernah rasa syukur....

Hikmahnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Perjalanan hidup kita sejak kecil hingga sekarang adalah milik-Nya. Memang Dia yang Maha Berkuasa terhadap kita kerana kita adalah hamba-Nya. Tak perlulah kita nak mempersoalkan kenapa aku miskin, kenapa aku tak kaya, kenapa aku tak kawin-kawin sampai sekarang sedangkan kawan-kawan yang lain dah beranak pinak, kenapalah dia curang (bg yang putus cinta), kenapalah dia ceraikan aku, kenapa anak aku cacat, kenapa kawan aku tikam aku dari belakang, kenapa aku difitnah dan dikata yang bukan aku buat, kenapa itu, kenapa ini dan macam-macam lagi keluhan yang sering keluar dari bibir kita... Ingatlah semua itu ada ujian Allah SWT. Dalam jangka masa pendek atau panjang (mungkin makan masa bertahun-tahun) barulah kita nampak hikmah yang Allah sembunyikan daripada kita sebenarnya. 


Selebihnya jika kita ditimpa musibah, kekecewaan, kesedihan, banyakkan bersabar, beristighfar, mengingati Allah, berbaik sangka, berasa senang dengan ujian Allah SWT. In sha Allah, suatu masa nanti Allah akan anugerahkan kita apa yang kita mahukan dan semestinya apa yang Dia mahukan untuk kita yang terbaik Dia akan berikan kepada kita.


Ok lah...aku sambung kisah benar aku... aku ni mula nak berjogging..semangat lah nak turunkan berat badan aku....maklum sahaja...berat badan makin naik..so tiap-tiap hari aku jogging... dan pada hari Jumaat 13 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban 1435H pagi-pagi lagi aku dah ke Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi... sebab nak jogging punya pasal... Aku rasa nak sekejap je..dan hati aku dah tak sedap masa tu sebab aku ni tak de penginapan di UKM masa tu..kolej x bagi sewa...so aku letak barang-barang aku dalam kereta je..masa tengah jogging tu..sekumpulan Nutrition Herba Life sdang buat aerobik dan ajak aku join mereka..hati aku x sedap dan x nak join..tp sbb nak hormati mereka, aku ikut je la..dalam hati sanagat2 tak sedap kerana ada laptop dan handbag dalam kereta aku...

Habis je aku join Herbalife tu aku terus ke kereta...dan Ya Allah...terkejutnya aku.... sebab laptop aku dan handbag aku telah dilarikan... aku buntu dan aku lihat suspect tinggalkan hand phone je.. aku call kumpulan herba life minta tolong..dan Wan hantar aku ke Balai Polis Bandar Baru Bangi utk report... dan seterusnya ke Balai Polis Kajang utk wat siasatan...Polis dapati kereta aku telah diumpil...dan suspect mungkin memakai sarung tangan kerana tiada kesan cap jari di kereta aku...
Hatiku menjerit2 kerana laptop yang aku sayang dah tak de.... dengan tugasan assigment aku banyk lagi belum siap....

Ya Allah... Sukarnya untuk menuntut ilmu pada kali ini... besarnya ujian yang Kau berikan kepadaku.... Dalam menuntut ilmu ini, telah banyak ujian yang diberikan kepadaku...dari segi kawan-kawan di tempat kerja, dengan urusan biasiswa lagi dan ini pula yang ujian aku terpaksa hadapi walaupun aku tak mampu dan x kuat...


Tetapi aku sedar, ada hikmah disebalik kejadian ini... sebab sebelum ini ada peristiwa yang berlaku antara adik angkat aku ni ngn family dia..di mana aku dituduh sebagai perosak keluarga mereka adik beradik, aku dikatakan orang yang sakit mental..aku juga dikatakan suka sama perempuan..dan macam-macam lagi kepada aku... Alhamdulillah berkat kesabaran dan doaku siang malam...akhirnya Allah makbulkan doaku dengan menyelesaikan kemelut ini..tetapi Allah ambil semula apa yang aku ada...


Daripada kejadian ini, alhamdulillah ayah adik angkat aku telah pandang positif pada diriku..dan aku bukan seperti yang diperkatakan oleh yang lain-lain... Apabila aku telah kehilangan duit dan lain-lain ini, mak dan ayah adk agkat aku telah meminta aku tinggal sementara di rumah mereka kerana aku tak de langsung duit..nak tunggu gaji lambat lagi...kalau aku ada duit aku dah sewa hotel ke atau apa dah...sebab tak nak susahkan orang...

Ya Allah berilah balasan kebaikan kepada famili ini kerana telah membantuku  dan Kau juga yang Maha Berkuasa atas segalanya.....


Wednesday, May 1, 2013

Bersuamikan Ustaz Best Ke??

Erm....dunia ini adalah ujian untuk orang-orang yang beriman.. ynag dinamakan orang Islam kita akan sentiasa diuji untuk menentukan tahap kesabaran kita..

Masya Allah....bila saya tengok dan renungkan semula kisah hidup insan sekeliling kita, besar ujian yang mereka hadapi...

Tadi saya dapat makluman daripada kawan saya...erm,,ni nak tulis kat blog ni..best sangat ke kalau nikah dan dapat pasangan ustaz?? Kasihan pulak kawan saya ni... Dia mendapat suami alhamdulillah soleh,,,namun, dia tidak mendapat apa yang diberikan...Yang sepatutnya nafkah zahir diberikan oleh seorang suami..

Moga Allah memberi jalan penyelesaian kepada kawan saya ini.... Sehinggakan suami ingin berkahwin lain namun tanggungjawab pada isterinya tidak dilunaskan...

Masya Allah... Sedarkah dia bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan oleh seorang suami??
Semua bil dan lain-lain keperluan adalah bawah tanggungjawab suami tetapi langsung suami abaikan...

Mudahan Allah merahmati hidup kawan saya yang banyak bersabar hampir 8 tahun perkahwinannya...

Tuesday, February 5, 2013

jagailah dia

Tuhan, bantulah aku untuk hidupkan hari-hari yang Engkau telah amanahkan kepadaku ini sebaik-baik mungkin.
Lindungilah  segala pertuturanku dan tingkah lakuku daripada menyakiti hamba-hamba- Mu yang ada di sekelilingku.
Ampunkanlah daku serta segala perbuatan dosakau, hatiku kerana antara hamba-hamba-Mu di sekelilingku, aku tidak dapat berlaku adil antara mereka.
Aku selalu ingatkan dia seorang sahaja dalam masa jaga dan tidurku, pada hari-hari  yang telah Engkau pinjamkan ini. Ampunkanlah aku Ya Tuhanku...

Sunday, January 22, 2012

citer nenek

Hai… geram betul Nenek apabila membaca laporan tentang penderaan kanak-kanak yang memang sudah beberapa kali disiarkan di media, termasuk dalam akhbar Berita Minggu Ahad lalu.

Hairan betul Nenek dengan sikap golongan yang tidak berhati perut itu, mendera kanak-kanak hingga ada yang menyebabkan kematian. Sebagai golongan dewasa, kanak-kanak patut kita sayangi. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia.

Thursday, November 10, 2011

Sakit Tulang Belakang & Saraf

Bila orang tanya, awak sakit ape? saya cuma boleh cakap tak boleh bangun dari katil, tak mampu angkat kaki dan sakit saraf. Sekarang memang boleh jalan, dari jauh nampak sihat tapi mengalami pergerakan yang terhad.

Kalau la perjalanan hidup macam perjalanan keretapi, lancar je.. ya ALLAH hamba redha dgn ketetapan-MU.. biarlah org sekeliling x memahami skt hamba, tp engkau memahami betapa sakitnya hamba.. kuatkan kesabaran hamba Ya Allah.

Antara masalah2 pesakit saraf dan tulang belakang ni.
1. Pergerakan yang terhad
2. Orang sekeliling krg memahami
3. Kesan psikologi dengan 2 perkara di atas

Antara perkara yang diperlukan oleh pesakit saraf seperti:

1. Sokongan dari keluarga, saudara mara serta orang tersayang. Cuba tingkatkan pengetahuan asas dalam memberi sokongan pesakit saraf seperti membaca. Mengenal pasti kehendak pesakit. Contohnya pesakit ingin mencapai buku, sebelum pesakit meminta bantuan hulurkan buku, kita dah hulurkan. ha macam tu la.
2. Sentiasa memberi harapan kepada pesakit. Biasanya pesakit akan sentiasa rasa hilang semangat dan sentiasa berfikiran negative. Orang sekeliling harus memberi kata2 semangat serta harapan positif kepada pesakit. Biarkan ruang pesakit mencari makna kehidupan sendiri.
3. Mengurang berat badan bagi menampung badan dengan pergerakan yang terhad.
4. Melakukan rehabilitasi dan senaman ringan seperti berjalan2. ini kerana bila pergerakan yang terhad akan menjadi kan otot badan menjadi lemah. Rehabilitasi atau senaman ringan mampu menambah kekuatan otot.
5. Menggalak kan pesakit untuk meluahkan perasaan. Antara cara paling mudah ialah dengan menulis.

Petua Mencegah sakit tulang belakang:
1. Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
2. Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
3. Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
4. Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
5. Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
6. Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
7. Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
8. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Boleh juga baca artikel2 berkaitan sakit saraf dan tulang belakang
- Sokongan keluarga bantu pesakit kronik
- Fahami Pemulihan Pesakit
- Kerosakan pada saraf tunjang boleh sebabkan lumpuh
- Baik pulih anggota
- Sakit Belakang
- Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Semoga semua orang tabah dalam menghadapi dugaan masing2.

Thursday, November 3, 2011

Biarlah Aku Cinta Dia Dalam Diam


Hmm......cinta dalam diam.. Salah ke aku mencintai seseorang??? Hmmm... Salah ke aku mencintainya dalam diam.. Hehehe sebenarnya kisah ni berlaku masa aku kat IPT dulu.. Aku suka la ngn sorang siswa ni.. Kiranya mencintainya dalam diam.. Dia tak tau pun aku suka dia... Masa tu aku baru masuk dh IPT ni dah mula suka kat dia.. Start Minggu Haluan Siswa (MHS).. Siswa ni menepati citarasa aku la kiranya.. Sampai sekarng hati aku ni tak terbuka untuk mana2 lelaki sbb aku memg CINTA dia dalam diam sampai sekrang.. Dengarnya sekrang dia mengajar di sekolah agama kat Pahang... Hm...Tak pelah biarlah aku mencintainya dalam diam...hihihi
Ni kiranya aku simpan perasaan dan dia tak tahu pun sampai sekrang.. Sekarang dia dah nikah pun.....

Monday, October 24, 2011

Dia Tercipta Bukan Untukku

CINTA fitrah semula jadi manusia kerana Allah memberi fitrah kepada manusia untuk mencintai keindahan sehingga kita mudah kagum dengan keindahan dan kecantikan yang nampak pada zahir. Allah juga memberi fitrah itu kepada manusia kerana manusia cenderung dengan sifat lemah dan tak berdaya. Oleh sebab itu, manusia akan mencari seseorang yang dapat memberikan kekuatan, keperkasaan dan kegagahan. Ya, semua orang pasti berpotensi untuk jatuh CINTA kepada manusia yang berlainan jantina dengannya.

Seseorang yang kelihatan pendiam, tidak banyak bercakap dan tergolong dalam kategori 'senyap' tiba-tiba sahaja boleh meluahkan perasaan hatinya dengan mengatakan sudah tertarik kepada insan yang berlawanan jenis itu.

macam mana rasenya 'couple'

Salam hormat pembuka bicara…
Bila kita membuka mata dan memandang sekeliling kita, terdapat banyak sekali ragam manusia. Masing2 dengan hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekeliling. Teks pada kali ini, ingin saya tekankan perkataan couple dalam kalangan remaja.

Bercerita mengenai isu ini, ye, saya juga pernah terjerat di dalam perangkapnya. Usia seawal 17 tahun, saya melihat dan sering mendengar kisah dan cerita dari rakan-rakan sekelas tentang HEBATnya cinta mereka. Setiap kali ada peluang untuk berjumpa, mereka tidak akan melepaskan peluang itu. Jika tidak dapat bertemu, calling akan berkhidmat sebagai melepaskan rindu antara dua jiwa yang sudah di lamun cinta. Maklumla zaman saya masa tu handphone 'tak popular' di kalangan remaja. hanya public phone menjadi tempat mereka melepaskan rindu.

Tangisan Seorang Isteri

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.